.

Thursday, April 2, 2009

Kasih sayang,Kejayaan & Kekayaan mane lebih penting?

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putihsedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya :"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu"."Adakah suami awak ada dirumah"?, mereka bertanya."Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar"."Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut."Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang"!
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam."Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" , mereka menjawab."Mengapa begitu"?, wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :"Namanya ialah Kekayaan", Dia bangkit sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi."Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang". Dia menyambung lagi,"Sekarang masuklah ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah".
Wanita itu masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira."Bagusnya"!! dia berkata, "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan kekayaan"!!Isterinya bersetuju.
"Abg, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan"?Kebetulan , menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu darisatu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangnya :"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang"!"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tuh", kata suami itu kepada isterinye. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kite".
Wanita itu un keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami".
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutnya. Terperanjat, wanitaitu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kajayaan :"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali"?Mereka semua menjawab : "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan akan tunggu diluar, tetapi olehkerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
DIMANA ADA KASIH SAYANG, DISITU JUGA ADA KEKAYAAN DAN KEJAYAAN"!!

Ada apa dengan wanita?

Lembut wanita kerana senyumannya,Cekal wanita kerana beraninya,Patuh wanita kerana kesetiaannya,Sabar wanita kerana imannya,Kasih wanita kerana belaiannya,Lemah wanita kerana airmatanya,Ikhlas wanita kerana simpatinya,Pendam wanita kerana cemburunya,Sayang wanita kerana sikap keibuanya,Tanpa wanita lelaki jadi lemah,Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..
Sebaik-baik wanita adalah wanita Solehah :-)
Kerana Aku,
tidak sehebat Khadijah yang begitu sempurna,
Kerana aku,
tidak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara,
Kerana Aku,
tidak sekuat & seteguh Sarah,
apatah lagi secantik Balqis...
Malah kasihku jua,
tidak setulus Zulaikha...
Lalu bantulah aku Ya Allah
mencari jalan pulang
ke sisiMu..
Wahai wanita sedarlah siapa kita sebenarnya;-)

Harga sebuah Iman..


Renung-renungkan dan selamat beramal…


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik. " DUNIA sebagai ALAT… AKHIRAT sebagai MATLAMAT