.

Saturday, June 27, 2009

Susahnya....senangnya....

Apa yang susah?Apa yang senang? ceritanya begini sedang asyik melihat gambar-gambar dalam album gambar bersama kawan-kawan,seorang kawan menyampuk."tak panas ke dalam rumah pun pakai tudung?eeii rimas la..'kawan-kawan yang lain hanya diam tiada seorang menjawab..terus tengok gambar lagi..emm bila difikir-fikir, benda biasa tapi jadi luar biasa..pelik ke bergambar dalam keadaan bertudung?tidakkan..bergambar dalam keadaan bertudung lebih selamat dari fitnah mana tahu gambar tersebut terjatuh ketangan kaum adam kan..tak pasal-pasal dapat dosa 'free'..dalam rumah pun kalau sanak saudara atau ipar-duai (lelaki) datang, bertudung la kan..bukan ADAT tapi jaga AURAT..semua tahu sebenarnya tapi alasannya 'dalam rumah' tidak perlu bertudung..betul la susahnya buat benda baik..senangnya buat benda buruk..
Al-kisahnya lagi ketika diberi tugasan oleh pensyarah untuk mengikut wartawan mana2 agensi berita...kalut la semuanya mencari dan mendail agensi wartawan..tapi ada jugak yang bimbang pakaian yang hendak dipakai...emm wartawan pakai baju jugak..kata sesetengah daripadanya kita mesti ikut cara wartawan pakai..kalau dapat ikut wartawan yang pakai tutup aurat tidak mengapa tapi kalau dapat wartawan yang pakai tidak cukup benang?tepuk dada tanya Iman la jawabnya..daripada pemerhatianku ramai wartawan pakai tidak cukup kain dari yg cukup..kepada kawan2 yg nak jadi wartawan,tunjuklah etika pakaian Islam yer..;-)
Sebenarnya isu pakaian tidak susah sebenarnya..jadi la diri kita sebab kita tetap kita jangan hipokrit sudah..kenapa kita nak ikut orang lain kalau kita rasa kita pakai dah tutup aurat..biar orang lain yang buka aurat ikut gaya kita,itu yang betulnya ;-)
Tahniah buat diri kita semua yang masih diberi nikmat IMAN & ISLAM..

Selamat berjuang kembali...

Salam sahabat2ku,kawan2ku,teman2ku...bagaimana cuti kalian semua?tentunya seronok kan dapat bersama keluarga di kampung halaman masing-masing..cuti,cuti juga jangn lupa dengan tanggungjawab masing-masing...:-)
Baru je rasanya cuti nak balik asrama dah..cuti-cuti yang ku lalui seperti korang semua jugak..yang terharunya dapat bertemu semula dengan teman-teman lama yang sudah lama terpisah..ada yang hampir 8tahun lamanya..cuti sem ni aku jejak kasih teman-teman yang lama tidak kutemui..semuanya terpisah selepas meninggalkan alam Maahad yang sentiasa di hati..ada yang keluar selepas PMRU & PMR & SMU.tapi dengan izin Allah dapat bertemu semula..dalam ramai-ramai teman yang kutemui seorang sahaja sudah berkahwin..dah ada seorang anak dan yang lain masih solo sepertiku..
Semester baru akan bermula..jeng...jeng..selamat berjuang dalam menuntut ilmu semua..di sini kita bermula dan disini kita menamatkannya...perjuangan belum selesai..jia yao wo de peng yao!

Melangkah ke bulan REJAB..

Peja celik,pejam celik sudah masuk bulan Rejab..cepatnya masa berlalu..bagaimana dengan amalan kita setakat ini..Ya Allah ampunilah hambamu ini..tidak terhitung segala nikmat yang kau berikan tapi sebagai manusia kita sentiasa lalai dari melakukan suruhanNya.
Sebelum melangkah ke bulan-bulan mulia yang lain ( jika dipanjangkan usia),mari lah kita hayati kelebihan bulan Rejab ( bulan Allah)..semoga kita dapat mempertingkatkan lagi amalan dan tidak terus terlalai dari dosa-dosa..Sesungguhnay Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang..

Kelebihan Bulan Rejab
1. Sabda Nabi S.A.W. : Hendaklah kamu memuliakan bulan rejab nescaya ALLAH muliakan kamu dgn seribu kemulian di hari Qiamat. (Al-Hadis)
2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban Bulanku, Dan Bulan Ramadan Bulan Umatku. (al-Hadis)
3. Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya, Syaaban dgn mlm Nisfunya, dan Ramadhan dgn Lailatul-Qadarnya.
4. mlm awl rejba mustajab doanya(dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. ore yg lemah dari berpuasa pd bln rejab hendaklah bersedekah tiap2 ari skurg sbiji roti.(al-Hadis)
6. Allah buka pintu langit sampai ke langit ke-7
7. Allah buka pintu syurga
8. Allah mudah mengampunkan dosa hamba-Nya