.

Sunday, February 8, 2009

Siapa yang bersalah???



Ceria...Penghuni PERNIM sedang berkumpul untuk meraikan jamuan
bersama tetamu yang hadir.


Alhamdulillah saya ada kesempatan pergi ke rumah kebajikan yang sudah lama saya inginkan..ingin merasai sendiri bagaimana perasaan yang mereka lalui di rumah kebajikan..Biasa dengar orang cakap je dan tak merasai sendiri .Saya ke Pusat perlindunagn PERNIM, Cheras anjuran SPMM ,USIM bersama sahabat2 lain.Kedatangan kami disambut baik oleh ‘mama’ panggilan untuk Pn.Norlina Alwi ( Pengasas PERNIM) dan papa (suami Pn.Norlina).Kata mama ramai memandang rendah golongan yang berada disini kerana mereka dijangkiti HIV.
Saya tidak menganggap itu sebagai alasan untuk masyarakat menjauhi mereka. Mama banyak berkongsi cerita keluarga yang menghuni di sini. Mama sedih dan terkilan dengan pandangn segelintir masyarakat yang memandang rendah kepada penghuni di sini. Mama menganggap anak-anak di sini sebagai anak sendiri tidak ada sikap pilih kasih antara anak kandung dan anak-anak yang lain..disini semua anak2 diajar hidup berdikari..mereka diberi segalanya termasuk kasih sayang seorang ibu dan ayah..Biasanya baju yang mereka pakai semua sedondon mengikut peringkat usia.Mereka masih muda dan tidak bersalah..kenapa mereka perlu dipersalahkan??.sepatutnya kita perlu memberi sokongan dan bantuan kepada mereka ,bukan menyisih mereka. Mereka ditinggalkan ibu bapa, bukan mereka yang minta hidup begini.. Kebanyakan penghuni disini, ibu bapa mereka yang dijangkiti HIV tetapi anak2 yg ditinggalkan bebas dari virus ini. Alhamduliilah..Kami dianggap sebagai ahli keluarga bukan sebagai tetamu. Selama 4 hari kami disini seperti satu keluarga yang besar dan memberi banyak pengalaman yang berguna. Mama melakukan semua kerja sendiri dan tidak ada pembantu. Sepanjang kehadiran kami, sedikit sebanyak dapat meringankan kerja2 yg mama lakukan..adik2 PERNIM rindukan kasih sayang insan yang ikhlas menyayangi mereka ;-)






No comments:

Post a Comment