.

Monday, February 9, 2009

Kasih yang hilang tiada gantinya...




AL-FATIHAH buat arwah abahku Allahyarham Hj Atiqullah Hj Yaacob dan umat Islam yang telah meninggal dunia..sedih rasanya bila teringat kembali kenangan dulu..perasaan ini akan hadir setiap kali teringatkan arwah abh..saya redha dengan takdir Ilahi..hanya doa yang menjadi penghubung anak dan bapa di alam yang berlainan.Ya Allah tabahkan hatiku dalam menghadapi ujianMu..saya nak kongsi sedikit sebanyak dengan sahabat2 semua..sedihnya hanya Tuhan yang tahu kehilangan orang tersayang yang bergelar ABAH..hanya orang pernah melaluinya akan merasai perasaan ini..’Bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul’..Kenangan yang amat sukar dilupakan..saya kehilangan abah pada tahun saya menghadapi SPM. Ya Allah peritnya rasa nak menghadapi dugaanMu saat itu. Sokongan daripada keluarga amat kuat dan saling menyokong antara satu sama lain..memang terasa sangat kehilangan tulang belakang dalam keluarga..Pada pagi Jumaat, abah mengadap Ilahi dalam keadaan sujud ketika solat subuh.kata Umi, di sebalik kedukaan ada kegembiraan..semua yang berlaku ada hikmahnya..Sifat yang dipamerkan olah arwah abah sempurna bagi seorang yang bergelar abah,suami dan lelaki..mendidik kelurga dengan kelembutan,tidak pernah menggunakan kekerasan..Kami dapat menerima didikan Abah sehingga jadi manusia seperti hari ini. Melentur buluh biar dari rebungnya..untuk menjadi anak yang baik tidak semestinya Ibu bapa menggunakan kuasa veto bersifat ‘keras’ kpd anak-anak. Sifat manusia lumrahnya berbeza, ada yang boleh terima kekerasan tapi ada juga yang tidak boleh menerimanya. Tapi ingatlah tanggungjawab ibu bapa amat bermakna & bererti bagi kita yang bergelar anak..mereka lebih mengetahui cara didikan yang terbaik buat anak2nya..kita sebagai anak perlu berlapang dada dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Taatilah,patuhilah dan hormatilah mereka selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam..Jangan sekali2 menderhakai mereka..HARGAILAH SELAGI MANA MEREKA MASIH HIDUP..JGN MENYESAL KEMUDIAN HARI. Pesan umi perkara yang mengembirakan tidak akan berlaku sekelip mata selepas kesedihan..Umi ,seorang Ibu yang tabah..Umi seorang yang penyayang..Umi seorang penyabar..Umi seorang yang segala-galanya yang patut ada pada seorang isteri,ibu dan wanita..Setakat ini UMI lah idola wanita zaman sekarang untuk saya.Dalam kelembutan ada ketegasan tapi tidak kekerasan.InsyaAllah.
Saya percaya ramai lagi diuji lebih berat dari saya.ada sahabat2 yang kehilangan ibu dan ayah serentak .saya masih lagi ada kasih sayang seorang Umi,kelurga dan sahabat2 yang memahami.Sahabat2 yang masih ada insan yang bergelar bapa,hargailah dia sebelum kehilangannya. ibu bapa hanya seorang sahaja di dunia ini untuk semua manusia..rugilah mereka yang menghampakan harapanya, tidak hormat pada keduanya dan menyakiti hati mereka. Redha Allah terletak pada Redha kedua ibubapa.
Jangan terkejut sekarang ini kalau dengar ada anak yang mendera,menyisihkan dan yang lebih menyedihkan lagi menempatkan mereka di rumah kebajikan..sampai hatikah kita sebagai seorang anak melakukan sebegini?? Semuanya kerana sibuk mengejar kemewahan dunia..Ingatlah tanpa mereka, tidak akan wujud kita..tanpa mereka tidak akan lahir kita dan tanpa mereka tidak akan berdirinya kita sebagai seorang anak sekarang ini..Ibubapa boleh menjaga 10 anak tapi 10 anak tidak bolah menjaga ibu &ayah..sama-sama kita renungkannya
Atiqullah junior...

5 comments:

  1. Al-Fatihah buat arwah,moga2 ditempatkan dikalangan org yg beriman,amiiin...pd yg masih m'punyai kedua ibubapa,hargailah mereka selagi mereka masih ada,jgn m'nyesal dikemudian hari..

    ReplyDelete
  2. Sudah ketetapan ilahi setiap hamba pasti kembali kepada tuannya. Yang membezakan hamba ialah bekalan yang dibawa...
    Tidak hidup lama tanpa amal yang berguna.

    minatturab ilatturabbb...

    ReplyDelete
  3. alfatihah..bersabarlah, sesungguhnya allah lebih menyayangi dirinya..meskipun kita sayang dan kasih setulus hati, namun tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah...

    ReplyDelete
  4. bila bc coretan an ni, rase sedih la plak,rase mcm tak sggup untuk menghadapi hidup ni tanpa kasih seorang ayah...semoga an sabar dalam menempuh hidup ini w/pun tanpa abah an yang tersayang..apa pun setiap yang hidup pasti akan kembali ke tmpat yang abadi..al-fatihah.

    ReplyDelete
  5. betul kt an,hargailah selama mn mrk masih hidup,jgn menyesal d kemudian hr..kita sm2 tk smpat nk bls jasa nya,pilu & pedih yg amat sgt..

    ReplyDelete