.

Tuesday, March 10, 2009

11 Mac amat Istimewa bagiku ;-)

Ya Allah aku bersyukur padaMu.
Sanah Helwah Ya raihan..Hari ini mungkin hari biasa bagi orang lain tetapi tidak bagi diriku..Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk mengecapi hari ini..syukur sangat..Smoga bertambah umurmu,maka bertambah kekuatan kakiku ke jalan Allah..bangun andai andai dikau rebah,jangan putus asa dalam mencapai redha-Nya..Saya boleh melangkah,berlari mencapai impian dengan mengharungi cabaran bersama sahabat yang memahami erti sebuah persahabatan..
Terima kasih kepada semua sahabat yang terus bersamaku disaat senang dan susah..uhibbukum lillah.." Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, digantikan Allah baginya sesuatu yang lebih baik dari itu. Jadikan hidupmu satu pengembaraan yang amat bermakna,hayatilah kejadianmu & kelahiranmu"..Salam kelahiran.."Rasulullah bersabda "Pandanglah orang yang lebih rendah darimu. Jgn memandang orang yang lebih tinggi darimu..Hal ini lebih baik bagimu agar kamu tidak mengecilkan nikmat Allah yang telah dianugerahkan kpdmu" ( hadis muttafaq'alaih) -( Sebahagian dari nasihat sahabat2 untuk diriku-terima kasih semua maaflah tak dapat nak tulis semua kan..;-))

Monday, March 9, 2009

SIFAT LEMAH-LEMBUT BOLEH 'CONTROL' SIFAT MARAH

Kelembutan fitrah wanita.

Rasulullah bersabda yang bermaksud,” Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah-lembut nescaya ia akan memperoleh kebaikan dalm semua hal ”.( Riwayat Muslim)
Lembut dan sabar tidak bererti mengalah,sebaliknya itu adalah tanda orang yang beriman.Itulah juga yabg diajarkan Allah kepada umat Islam agar berhemah dan berlemah lembut dalam setiap urusan.
Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-Nya.Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang ( tidak tergesa-gesa).Namun sifat lamah-lembur ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak diperbodohkan oleh orang lain.
Rasullullah adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan yang paling baik dalam pergaulan.Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang berampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah-lembut baginda itu.

Salam Maulidurrasul

SIDDIQMU baluti luka kekufuran,AMANAHMU payungi lembah kehinaan,FATONAHMU suburi hati yang layu,TABLIGMU terangi insan dikala kegelapan. YA MUHAMMAD…
Sabda Nabi s.a.w. “ Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada dirinya.”
Marilah kita mengingati sirah perjuangan Rasul Allah,Menegakkan kebenaran dengan seikhlas hati.Kelahirannya kita raikan,berselawatlah agar syafaat yang diberi…
Jika tidak diutuskan dirimu ya Rasulullah,mana mungkin kami kecapi Islam kini.Kasih sayangmu pada kami melebihi kasihmu pada dirimu sendiri..ampunkan kami ya Rasulullah,andai kami alpa dalam mengingatimu,lalai dalam mengamalkan sunnahmu,pincang dalam melaksanakan ajaranmu.Namun, tarikh kelahiranmu tetap kami ingati..Semoga kami tergolong dalam umatmu yang sentiasa meneruskan perjuanganmu..insyaAllah

Wednesday, February 25, 2009

Sakit itu nikmat kalau...

Sekarang boleh dikatakan musim demam..ramai kwn2 demm..biasa la setiap yg sihat pasti ade sakitnya..
itu semua ujian dari Allah..sakit itu nikmat kalau kita boleh menghadapinya dengan sifat sabar..klu di ikutkan mmg perit rasanya klu skt berjauhan dgn family..hakikatnya kte mmg kna berdikari..tapi tu la dari kcik sampai skolah menengah berkepit je ngn family terutama Umi..tidak rugi sape2 yang tinggal asrama sejak sekolah lagi sebab sudah lama bljr berdikari..
cam korg gak, biasala klu dh lama x blk rindu kt umi & family smakin menebal..Tambah2 masa kte skit kan bertambh2 la rindunya..rindu suasana kt umah..klu leh dgr suara Umi melalui hp pom jd la, x makan ubat pom boleh sembuh..ajaibkan ( sape2 yg x suka mkn ubat boleh ikut petua ni,sy mmg aml petua ni )..hehe..rasa sihat & bersemangat..kuatnya ikatan anak & ibu..tul x kwn2?? I miss u,Umi ;-)
syukran Ya Umi wa usrati wa sohabati yg bnyak bg sokongan & ubat ketika sy x sihat..ana la uhibbu dawa' lakinna uhawil li akala dawa'..;-)

Thursday, February 19, 2009

USIM TODAY ABIS DIJUAL??.

Akhbar Usim Today baru dijual semalam.Kami pelajar kewartawanan berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilakukan walaupun banyak lagi yang perlu diperbaiki..Maklumlah dalam proses belajar menjadi wartawan lagi.:-) Pelbagai ragam pelajar USIM yang kami perhatikan sepanjang menjual USIM TODAY semalam. Antaranya, sesetengah pelajar tidak mengetahui kewujudan akhbar ini.Lepas ni harapnya semua pelajar bagi sokongan kepada wartawan USIM TODAY untuk memudahkan segala gerak kerja.Terima kasih semua pembaca USIM TODAY.
Bukan senang nak menjadi wartawan sebenarnya..Terpaksa 'merajinkan' diri mencari berita,berbakat dalam penulisan & lead & peka setiap program / kejadian yang berlaku. Skill interview pun penting.. Sape nak jadi wartawan,persiapkan diri anda ek..Tahniah & Terima kasih kepada semua sahabat2 komunikasi USIM TODAY, FPBU & FKP..Jangan lupa cari berita untuk edisi keenam lak..chayo0kk! ;-D

Monday, February 9, 2009

Betul ke??

Pelbagai ragam yg dpt dilihat terutama pelajar perempuan..dari segi pemakaiannya,tabiatnya,gayanya dan macam-macam lagi..
Biasanya kita lihat orang suka pakai baju siap semua dahulu & akhir sekali baru pakai tudung..
Tapi yang menariknya ramai juga dikalangan pelajar suka memakai kain sarung selepas memakai tudung...maksudnya pakai tudung dahulu baru kain sarung...selepas semua siap dan hendak keluar baru pakai kain..
Menurut seorang kawan yang memang biasa melakukannya menyatakan , ini satu tabiat dan ramai yg melakukannya..Bukan terikut dgn gaya orang lain tapi mmg dh jadi satu tabiat semenjak sekolah lagi..Setakat ini tidak ada lagi kes sampai terlupa pakai kain sarung datang ke kampus..;-)
Tabiat setiap orang memang berbeza jadi raikanlah tabiat kawan2 yg berbeza dgn kita selagi tidak melanggar syara'..:-D

Syoknya join SPMM..;-)



SPMM ( Sekretariat Penakwah Muda Malaysia) yg ditubuhkan di USIM..Saya merupakan batch 1 yg join SPMM..bnyk aktiviti menarik yg dijalnkan ketika cuti sem… bnyk kelebihanya dari membuang masa dgn bnda yg tidak ada faedahnya baik join SPMM..jom ramai2 join SPMM..Kami didedahkan dgn reality kehidupan & kemasyarakatan..kami diberi bnyk pendedahan berkaitan dakwah..sebenarnya semua umat Islam adalah pendakwah (daie) Cuma kita x mengakuinya..fitrah mnusia itu sendiri sukakan kebaikan,ketenangan & kedamaian..Sanggupkah kte melihat shj maksiat berleluasa dimana2? Mesti ada terdetik perasaan ingin menegur tp x tau cara terbaiknya camne,so ramai yg mengambil langkah berdiam diri shj..betulkah cara kta??tepuk dada tanya iman..jika masih terdetik dlm ati utk menegur kwn2 yg melakukan kesilapan,bermakna hati kta masih hidup..tp alangkah ruginya seseorang yg tidak terdetk sedikit pun sifat ingin menegur kesalahanan & membiarkan shj bermakna hati kte tlh mati..Nauzubillah..
Semua manusia x sempurna itulah realitinya..tp seseorang xkan berubah selagi dia sendiri tidak mengubah dirinya..
Kadang2 kte apabla ditegur cpt melenting..sahabat yg baik adalh memuji kebaikan temannya TP SAHABAT TERBAIK MEMBAIKI KESALAHAN TEMANNYA..Kebaikan & kebenaran akan dekat jika kta mncarinya namun semakin jauh jika kta lari darinya..
Kenangan bersama keluarga besar PERNIM