.

Sunday, May 31, 2009

selamat hari-hari utk ibu;-)

Selamat hari ibu,umi..walaupun tanpa sambutan hari ibu dari kami dengan acara memotong kek dan pelbagai hadiah yg mahal-mahal,kami amat menyayangimu umi..seperti umi sayangkan diri ini..bagi diri ku hari-hari adalah hari ibu..kasihmu membawa ke syurga..sayangmu membawa bahagia..
Sebagai muhasabah utkku dan teman-teman..sampai hari ini,berapa kali kita tunjuk perasan sayang utk ibu?berapa kali kita menyakiti hatinya tanpa sedar?berapa kali kita bertanya khabar @ call ibu ( bg mrk yg jauh) & berapa kali kita menjaga @ menziarahi ibu ( bg ibu yg sakit)? sedar tak sedar, umur kita semakin bertambah dan kita bakal bergelar ibu juga suatu masa nanti..ingatlah kehidupan seperti roda..apa yang kita buat untuk ibu pada hari ini akan kembali pada diri kita semula kelak..semoga kita semua dalam redha Allah & redha kedua ibubapa..
bagi mereka yang masih ada keduanya bersyukurlah..
Al-Fatihah buat ayahanda tercinta Allahyarham Hj Atiqullah Hj Yaacob..

Thursday, April 2, 2009

Kasih sayang,Kejayaan & Kekayaan mane lebih penting?

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putihsedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya :"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu"."Adakah suami awak ada dirumah"?, mereka bertanya."Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar"."Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut."Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang"!
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam."Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" , mereka menjawab."Mengapa begitu"?, wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :"Namanya ialah Kekayaan", Dia bangkit sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi."Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang". Dia menyambung lagi,"Sekarang masuklah ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah".
Wanita itu masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira."Bagusnya"!! dia berkata, "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan kekayaan"!!Isterinya bersetuju.
"Abg, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan"?Kebetulan , menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu darisatu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangnya :"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang"!"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tuh", kata suami itu kepada isterinye. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kite".
Wanita itu un keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami".
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutnya. Terperanjat, wanitaitu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kajayaan :"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali"?Mereka semua menjawab : "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan akan tunggu diluar, tetapi olehkerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
DIMANA ADA KASIH SAYANG, DISITU JUGA ADA KEKAYAAN DAN KEJAYAAN"!!

Ada apa dengan wanita?

Lembut wanita kerana senyumannya,Cekal wanita kerana beraninya,Patuh wanita kerana kesetiaannya,Sabar wanita kerana imannya,Kasih wanita kerana belaiannya,Lemah wanita kerana airmatanya,Ikhlas wanita kerana simpatinya,Pendam wanita kerana cemburunya,Sayang wanita kerana sikap keibuanya,Tanpa wanita lelaki jadi lemah,Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..
Sebaik-baik wanita adalah wanita Solehah :-)
Kerana Aku,
tidak sehebat Khadijah yang begitu sempurna,
Kerana aku,
tidak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara,
Kerana Aku,
tidak sekuat & seteguh Sarah,
apatah lagi secantik Balqis...
Malah kasihku jua,
tidak setulus Zulaikha...
Lalu bantulah aku Ya Allah
mencari jalan pulang
ke sisiMu..
Wahai wanita sedarlah siapa kita sebenarnya;-)

Harga sebuah Iman..


Renung-renungkan dan selamat beramal…


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik. " DUNIA sebagai ALAT… AKHIRAT sebagai MATLAMAT

Tuesday, March 10, 2009

11 Mac amat Istimewa bagiku ;-)

Ya Allah aku bersyukur padaMu.
Sanah Helwah Ya raihan..Hari ini mungkin hari biasa bagi orang lain tetapi tidak bagi diriku..Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk mengecapi hari ini..syukur sangat..Smoga bertambah umurmu,maka bertambah kekuatan kakiku ke jalan Allah..bangun andai andai dikau rebah,jangan putus asa dalam mencapai redha-Nya..Saya boleh melangkah,berlari mencapai impian dengan mengharungi cabaran bersama sahabat yang memahami erti sebuah persahabatan..
Terima kasih kepada semua sahabat yang terus bersamaku disaat senang dan susah..uhibbukum lillah.." Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, digantikan Allah baginya sesuatu yang lebih baik dari itu. Jadikan hidupmu satu pengembaraan yang amat bermakna,hayatilah kejadianmu & kelahiranmu"..Salam kelahiran.."Rasulullah bersabda "Pandanglah orang yang lebih rendah darimu. Jgn memandang orang yang lebih tinggi darimu..Hal ini lebih baik bagimu agar kamu tidak mengecilkan nikmat Allah yang telah dianugerahkan kpdmu" ( hadis muttafaq'alaih) -( Sebahagian dari nasihat sahabat2 untuk diriku-terima kasih semua maaflah tak dapat nak tulis semua kan..;-))

Monday, March 9, 2009

SIFAT LEMAH-LEMBUT BOLEH 'CONTROL' SIFAT MARAH

Kelembutan fitrah wanita.

Rasulullah bersabda yang bermaksud,” Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah-lembut nescaya ia akan memperoleh kebaikan dalm semua hal ”.( Riwayat Muslim)
Lembut dan sabar tidak bererti mengalah,sebaliknya itu adalah tanda orang yang beriman.Itulah juga yabg diajarkan Allah kepada umat Islam agar berhemah dan berlemah lembut dalam setiap urusan.
Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-Nya.Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang ( tidak tergesa-gesa).Namun sifat lamah-lembur ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak diperbodohkan oleh orang lain.
Rasullullah adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan yang paling baik dalam pergaulan.Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang berampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah-lembut baginda itu.

Salam Maulidurrasul

SIDDIQMU baluti luka kekufuran,AMANAHMU payungi lembah kehinaan,FATONAHMU suburi hati yang layu,TABLIGMU terangi insan dikala kegelapan. YA MUHAMMAD…
Sabda Nabi s.a.w. “ Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada dirinya.”
Marilah kita mengingati sirah perjuangan Rasul Allah,Menegakkan kebenaran dengan seikhlas hati.Kelahirannya kita raikan,berselawatlah agar syafaat yang diberi…
Jika tidak diutuskan dirimu ya Rasulullah,mana mungkin kami kecapi Islam kini.Kasih sayangmu pada kami melebihi kasihmu pada dirimu sendiri..ampunkan kami ya Rasulullah,andai kami alpa dalam mengingatimu,lalai dalam mengamalkan sunnahmu,pincang dalam melaksanakan ajaranmu.Namun, tarikh kelahiranmu tetap kami ingati..Semoga kami tergolong dalam umatmu yang sentiasa meneruskan perjuanganmu..insyaAllah