
Friday, August 28, 2009
Thursday, August 20, 2009
MENANGISLAH...
Suatu Fitrah antara naluri dan perasaan..
Jika di bandingkan dengan lelaki,wanita lebih sensitif dan paling mudah mengalirkan air mata.Air mata sumber kekuatan wanita. Menangis boleh menjatuhkan keegoan bukan bererti lemah! Menangis adalah sifat semulajadi bagi kaum hawa.
Ingin saya kongsikan sebuah cerita…suatu ketika seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya kenapa menangis.Dengan tenang ibunya menjawab sebab dirinya wanita. Anak lelaki tersebut tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ibunya lalu dia bertanya pula kepada ayahnya. Ayahnya menjawab semua wanita menangis tanpa ada alasan.Hanya itu jawapan yang diberikan oleh ayahnya. Sehingga dewasa,anak lelaki masih tertanya-tanya mengapa wanita mudah menangis.Sehinggalah dia bermimpi dan mendapat petunjuk dari Allah mengapa wanita mudah menangis.
Ketika Allah menciptakan wanita,Dia membuat bahunya agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya walaupun bahu itu cukup lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan utk melahirkan zuriat dari rahimnya serta berikan ketabahan yg membuatnya bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.
Allah berikan kesabaran untuk wanita agar dapat merawat keluarganya walaupun letih,sakit,lelah tanpa keluhan.Allah berikan perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya.
Allah kurniakan kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai perananya kepada suami.Seringkali kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar saling melengkapi.
Akhirnya Allah berikanya air mata agar dapat mencurahkan perasaanya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat gunakan di mana dia inginkan. Inilah cara wanita mengumpulkan kekuatan. Hargailah perasaan insan yang bergelar WANITA..
Petua elakkan perut buncit..
Ramai yang mengamalkan diet yang salah untuk menguruskan badan. Diet semata-mata tanpa makanan yang seimbang boleh menjejaskan kesihatan..betul tak?? Senaman dan pemakanan harian begitu memainkan peranan penting bagi mengelak masalah perut buncit. Tempat menyimpan lemak badan bergantung kepada genetik dan juga jantina. Bagi lelaki biasanya tempat utama adalah perut sementara perempuan pula lemak tersimpan pada bahagian paha dan pinggang.
Antara Tips-tips : Kalau perut kosong elakkan makan benda-benda berasid,sebabnya perut akan bertambah buncit.So salah la sesiapa yang mengamalkan makanan berasid semasa perut kosong untuk kempiskan perut.Makan dulu ye sebelum makan limau dan sewaktu dengannya.Makan kurma lagi bagus.;-)
Saturday, June 27, 2009
Susahnya....senangnya....
Al-kisahnya lagi ketika diberi tugasan oleh pensyarah untuk mengikut wartawan mana2 agensi berita...kalut la semuanya mencari dan mendail agensi wartawan..tapi ada jugak yang bimbang pakaian yang hendak dipakai...emm wartawan pakai baju jugak..kata sesetengah daripadanya kita mesti ikut cara wartawan pakai..kalau dapat ikut wartawan yang pakai tutup aurat tidak mengapa tapi kalau dapat wartawan yang pakai tidak cukup benang?tepuk dada tanya Iman la jawabnya..daripada pemerhatianku ramai wartawan pakai tidak cukup kain dari yg cukup..kepada kawan2 yg nak jadi wartawan,tunjuklah etika pakaian Islam yer..;-)
Sebenarnya isu pakaian tidak susah sebenarnya..jadi la diri kita sebab kita tetap kita jangan hipokrit sudah..kenapa kita nak ikut orang lain kalau kita rasa kita pakai dah tutup aurat..biar orang lain yang buka aurat ikut gaya kita,itu yang betulnya ;-)
Tahniah buat diri kita semua yang masih diberi nikmat IMAN & ISLAM..
Selamat berjuang kembali...
Baru je rasanya cuti nak balik asrama dah..cuti-cuti yang ku lalui seperti korang semua jugak..yang terharunya dapat bertemu semula dengan teman-teman lama yang sudah lama terpisah..ada yang hampir 8tahun lamanya..cuti sem ni aku jejak kasih teman-teman yang lama tidak kutemui..semuanya terpisah selepas meninggalkan alam Maahad yang sentiasa di hati..ada yang keluar selepas PMRU & PMR & SMU.tapi dengan izin Allah dapat bertemu semula..dalam ramai-ramai teman yang kutemui seorang sahaja sudah berkahwin..dah ada seorang anak dan yang lain masih solo sepertiku..
Semester baru akan bermula..jeng...jeng..selamat berjuang dalam menuntut ilmu semua..di sini kita bermula dan disini kita menamatkannya...perjuangan belum selesai..jia yao wo de peng yao!
Melangkah ke bulan REJAB..
Sebelum melangkah ke bulan-bulan mulia yang lain ( jika dipanjangkan usia),mari lah kita hayati kelebihan bulan Rejab ( bulan Allah)..semoga kita dapat mempertingkatkan lagi amalan dan tidak terus terlalai dari dosa-dosa..Sesungguhnay Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang..
Kelebihan Bulan Rejab
1. Sabda Nabi S.A.W. : Hendaklah kamu memuliakan bulan rejab nescaya ALLAH muliakan kamu dgn seribu kemulian di hari Qiamat. (Al-Hadis)
2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban Bulanku, Dan Bulan Ramadan Bulan Umatku. (al-Hadis)
3. Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya, Syaaban dgn mlm Nisfunya, dan Ramadhan dgn Lailatul-Qadarnya.
4. mlm awl rejba mustajab doanya(dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. ore yg lemah dari berpuasa pd bln rejab hendaklah bersedekah tiap2 ari skurg sbiji roti.(al-Hadis)
6. Allah buka pintu langit sampai ke langit ke-7
7. Allah buka pintu syurga
8. Allah mudah mengampunkan dosa hamba-Nya
Sunday, May 31, 2009
Muhasabah Cintaku

Lirik yang berguna buatku & mungkin juga buat teman-teman..renungilah
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian diriMu
Ku serahkan semua padaMu
Tuhan baruku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kiniku harapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir dalam doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah
Selama ini
Ya Ilahi..
selamat hari-hari utk ibu;-)
Sebagai muhasabah utkku dan teman-teman..sampai hari ini,berapa kali kita tunjuk perasan sayang utk ibu?berapa kali kita menyakiti hatinya tanpa sedar?berapa kali kita bertanya khabar @ call ibu ( bg mrk yg jauh) & berapa kali kita menjaga @ menziarahi ibu ( bg ibu yg sakit)? sedar tak sedar, umur kita semakin bertambah dan kita bakal bergelar ibu juga suatu masa nanti..ingatlah kehidupan seperti roda..apa yang kita buat untuk ibu pada hari ini akan kembali pada diri kita semula kelak..semoga kita semua dalam redha Allah & redha kedua ibubapa..
bagi mereka yang masih ada keduanya bersyukurlah..
Al-Fatihah buat ayahanda tercinta Allahyarham Hj Atiqullah Hj Yaacob..
Thursday, April 2, 2009
Kasih sayang,Kejayaan & Kekayaan mane lebih penting?
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut."Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang"!
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam."Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" , mereka menjawab."Mengapa begitu"?, wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :"Namanya ialah Kekayaan", Dia bangkit sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi."Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang". Dia menyambung lagi,"Sekarang masuklah ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah".
Wanita itu masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira."Bagusnya"!! dia berkata, "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan kekayaan"!!Isterinya bersetuju.
"Abg, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan"?Kebetulan , menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu darisatu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangnya :"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang"!"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tuh", kata suami itu kepada isterinye. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kite".
Wanita itu un keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami".
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutnya. Terperanjat, wanitaitu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kajayaan :"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali"?Mereka semua menjawab : "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan akan tunggu diluar, tetapi olehkerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
DIMANA ADA KASIH SAYANG, DISITU JUGA ADA KEKAYAAN DAN KEJAYAAN"!!
Ada apa dengan wanita?

Harga sebuah Iman..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik. " DUNIA sebagai ALAT… AKHIRAT sebagai MATLAMAT
Tuesday, March 10, 2009
11 Mac amat Istimewa bagiku ;-)
Terima kasih kepada semua sahabat yang terus bersamaku disaat senang dan susah..uhibbukum lillah.." Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, digantikan Allah baginya sesuatu yang lebih baik dari itu. Jadikan hidupmu satu pengembaraan yang amat bermakna,hayatilah kejadianmu & kelahiranmu"..Salam kelahiran.."Rasulullah bersabda "Pandanglah orang yang lebih rendah darimu. Jgn memandang orang yang lebih tinggi darimu..Hal ini lebih baik bagimu agar kamu tidak mengecilkan nikmat Allah yang telah dianugerahkan kpdmu" ( hadis muttafaq'alaih) -( Sebahagian dari nasihat sahabat2 untuk diriku-terima kasih semua maaflah tak dapat nak tulis semua kan..;-))
Monday, March 9, 2009
SIFAT LEMAH-LEMBUT BOLEH 'CONTROL' SIFAT MARAH

Rasulullah bersabda yang bermaksud,” Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah-lembut nescaya ia akan memperoleh kebaikan dalm semua hal ”.( Riwayat Muslim)
Lembut dan sabar tidak bererti mengalah,sebaliknya itu adalah tanda orang yang beriman.Itulah juga yabg diajarkan Allah kepada umat Islam agar berhemah dan berlemah lembut dalam setiap urusan.
Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-Nya.Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang ( tidak tergesa-gesa).Namun sifat lamah-lembur ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak diperbodohkan oleh orang lain.
Rasullullah adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan yang paling baik dalam pergaulan.Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang berampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah-lembut baginda itu.
Salam Maulidurrasul
Sabda Nabi s.a.w. “ Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada dirinya.”
Marilah kita mengingati sirah perjuangan Rasul Allah,Menegakkan kebenaran dengan seikhlas hati.Kelahirannya kita raikan,berselawatlah agar syafaat yang diberi…
Jika tidak diutuskan dirimu ya Rasulullah,mana mungkin kami kecapi Islam kini.Kasih sayangmu pada kami melebihi kasihmu pada dirimu sendiri..ampunkan kami ya Rasulullah,andai kami alpa dalam mengingatimu,lalai dalam mengamalkan sunnahmu,pincang dalam melaksanakan ajaranmu.Namun, tarikh kelahiranmu tetap kami ingati..Semoga kami tergolong dalam umatmu yang sentiasa meneruskan perjuanganmu..insyaAllah
Wednesday, February 25, 2009
Sakit itu nikmat kalau...
itu semua ujian dari Allah..sakit itu nikmat kalau kita boleh menghadapinya dengan sifat sabar..klu di ikutkan mmg perit rasanya klu skt berjauhan dgn family..hakikatnya kte mmg kna berdikari..tapi tu la dari kcik sampai skolah menengah berkepit je ngn family terutama Umi..tidak rugi sape2 yang tinggal asrama sejak sekolah lagi sebab sudah lama bljr berdikari..
cam korg gak, biasala klu dh lama x blk rindu kt umi & family smakin menebal..Tambah2 masa kte skit kan bertambh2 la rindunya..rindu suasana kt umah..klu leh dgr suara Umi melalui hp pom jd la, x makan ubat pom boleh sembuh..ajaibkan ( sape2 yg x suka mkn ubat boleh ikut petua ni,sy mmg aml petua ni )..hehe..rasa sihat & bersemangat..kuatnya ikatan anak & ibu..tul x kwn2?? I miss u,Umi ;-)
syukran Ya Umi wa usrati wa sohabati yg bnyak bg sokongan & ubat ketika sy x sihat..ana la uhibbu dawa' lakinna uhawil li akala dawa'..;-)
Thursday, February 19, 2009
USIM TODAY ABIS DIJUAL??.
Bukan senang nak menjadi wartawan sebenarnya..Terpaksa 'merajinkan' diri mencari berita,berbakat dalam penulisan & lead & peka setiap program / kejadian yang berlaku. Skill interview pun penting.. Sape nak jadi wartawan,persiapkan diri anda ek..Tahniah & Terima kasih kepada semua sahabat2 komunikasi USIM TODAY, FPBU & FKP..Jangan lupa cari berita untuk edisi keenam lak..chayo0kk! ;-D
Monday, February 9, 2009
Betul ke??
Biasanya kita lihat orang suka pakai baju siap semua dahulu & akhir sekali baru pakai tudung..
Tapi yang menariknya ramai juga dikalangan pelajar suka memakai kain sarung selepas memakai tudung...maksudnya pakai tudung dahulu baru kain sarung...selepas semua siap dan hendak keluar baru pakai kain..
Menurut seorang kawan yang memang biasa melakukannya menyatakan , ini satu tabiat dan ramai yg melakukannya..Bukan terikut dgn gaya orang lain tapi mmg dh jadi satu tabiat semenjak sekolah lagi..Setakat ini tidak ada lagi kes sampai terlupa pakai kain sarung datang ke kampus..;-)
Tabiat setiap orang memang berbeza jadi raikanlah tabiat kawan2 yg berbeza dgn kita selagi tidak melanggar syara'..:-D
Syoknya join SPMM..;-)
SPMM ( Sekretariat Penakwah Muda Malaysia) yg ditubuhkan di USIM..Saya merupakan batch 1 yg join SPMM..bnyk aktiviti menarik yg dijalnkan ketika cuti sem… bnyk kelebihanya dari membuang masa dgn bnda yg tidak ada faedahnya baik join SPMM..jom ramai2 join SPMM..Kami didedahkan dgn reality kehidupan & kemasyarakatan..kami diberi bnyk pendedahan berkaitan dakwah..sebenarnya semua umat Islam adalah pendakwah (daie) Cuma kita x mengakuinya..fitrah mnusia itu sendiri sukakan kebaikan,ketenangan & kedamaian..Sanggupkah kte melihat shj maksiat berleluasa dimana2? Mesti ada terdetik perasaan ingin menegur tp x tau cara terbaiknya camne,so ramai yg mengambil langkah berdiam diri shj..betulkah cara kta??tepuk dada tanya iman..jika masih terdetik dlm ati utk menegur kwn2 yg melakukan kesilapan,bermakna hati kta masih hidup..tp alangkah ruginya seseorang yg tidak terdetk sedikit pun sifat ingin menegur kesalahanan & membiarkan shj bermakna hati kte tlh mati..Nauzubillah..
Kadang2 kte apabla ditegur cpt melenting..sahabat yg baik adalh memuji kebaikan temannya TP SAHABAT TERBAIK MEMBAIKI KESALAHAN TEMANNYA..Kebaikan & kebenaran akan dekat jika kta mncarinya namun semakin jauh jika kta lari darinya..
Kasih yang hilang tiada gantinya...
AL-FATIHAH buat arwah abahku Allahyarham Hj Atiqullah Hj Yaacob dan umat Islam yang telah meninggal dunia..sedih rasanya bila teringat kembali kenangan dulu..perasaan ini akan hadir setiap kali teringatkan arwah abh..saya redha dengan takdir Ilahi..hanya doa yang menjadi penghubung anak dan bapa di alam yang berlainan.Ya Allah tabahkan hatiku dalam menghadapi ujianMu..saya nak kongsi sedikit sebanyak dengan sahabat2 semua..sedihnya hanya Tuhan yang tahu kehilangan orang tersayang yang bergelar ABAH..hanya orang pernah melaluinya akan merasai perasaan ini..’Bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul’..Kenangan yang amat sukar dilupakan..saya kehilangan abah pada tahun saya menghadapi SPM. Ya Allah peritnya rasa nak menghadapi dugaanMu saat itu. Sokongan daripada keluarga amat kuat dan saling menyokong antara satu sama lain..memang terasa sangat kehilangan tulang belakang dalam keluarga..Pada pagi Jumaat, abah mengadap Ilahi dalam keadaan sujud ketika solat subuh.kata Umi, di sebalik kedukaan ada kegembiraan..semua yang berlaku ada hikmahnya..Sifat yang dipamerkan olah arwah abah sempurna bagi seorang yang bergelar abah,suami dan lelaki..mendidik kelurga dengan kelembutan,tidak pernah menggunakan kekerasan..Kami dapat menerima didikan Abah sehingga jadi manusia seperti hari ini. Melentur buluh biar dari rebungnya..untuk menjadi anak yang baik tidak semestinya Ibu bapa menggunakan kuasa veto bersifat ‘keras’ kpd anak-anak. Sifat manusia lumrahnya berbeza, ada yang boleh terima kekerasan tapi ada juga yang tidak boleh menerimanya. Tapi ingatlah tanggungjawab ibu bapa amat bermakna & bererti bagi kita yang bergelar anak..mereka lebih mengetahui cara didikan yang terbaik buat anak2nya..kita sebagai anak perlu berlapang dada dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Taatilah,patuhilah dan hormatilah mereka selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam..Jangan sekali2 menderhakai mereka..HARGAILAH SELAGI MANA MEREKA MASIH HIDUP..JGN MENYESAL KEMUDIAN HARI. Pesan umi perkara yang mengembirakan tidak akan berlaku sekelip mata selepas kesedihan..Umi ,seorang Ibu yang tabah..Umi seorang yang penyayang..Umi seorang penyabar..Umi seorang yang segala-galanya yang patut ada pada seorang isteri,ibu dan wanita..Setakat ini UMI lah idola wanita zaman sekarang untuk saya.Dalam kelembutan ada ketegasan tapi tidak kekerasan.InsyaAllah.
Saya percaya ramai lagi diuji lebih berat dari saya.ada sahabat2 yang kehilangan ibu dan ayah serentak .saya masih lagi ada kasih sayang seorang Umi,kelurga dan sahabat2 yang memahami.Sahabat2 yang masih ada insan yang bergelar bapa,hargailah dia sebelum kehilangannya. ibu bapa hanya seorang sahaja di dunia ini untuk semua manusia..rugilah mereka yang menghampakan harapanya, tidak hormat pada keduanya dan menyakiti hati mereka. Redha Allah terletak pada Redha kedua ibubapa.
Jangan terkejut sekarang ini kalau dengar ada anak yang mendera,menyisihkan dan yang lebih menyedihkan lagi menempatkan mereka di rumah kebajikan..sampai hatikah kita sebagai seorang anak melakukan sebegini?? Semuanya kerana sibuk mengejar kemewahan dunia..Ingatlah tanpa mereka, tidak akan wujud kita..tanpa mereka tidak akan lahir kita dan tanpa mereka tidak akan berdirinya kita sebagai seorang anak sekarang ini..Ibubapa boleh menjaga 10 anak tapi 10 anak tidak bolah menjaga ibu &ayah..sama-sama kita renungkannya
Sunday, February 8, 2009
Siapa yang bersalah???
Alhamdulillah saya ada kesempatan pergi ke rumah kebajikan yang sudah lama saya inginkan..ingin merasai sendiri bagaimana perasaan yang mereka lalui di rumah kebajikan..Biasa dengar orang cakap je dan tak merasai sendiri .Saya ke Pusat perlindunagn PERNIM, Cheras anjuran SPMM ,USIM bersama sahabat2 lain.Kedatangan kami disambut baik oleh ‘mama’ panggilan untuk Pn.Norlina Alwi ( Pengasas PERNIM) dan papa (suami Pn.Norlina).Kata mama ramai memandang rendah golongan yang berada disini kerana mereka dijangkiti HIV.
Wednesday, February 4, 2009
Cantiknya wanita itu kalau....;-)
CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam
rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan
ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak
bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat
Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas
sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana
'Tiada superman tanpa superwoman'
"Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain.
Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.